
KOTA BHARU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan prasarana, dan kemudahan asas komitmen berterusan kerajaan untuk diselesaikan terutama di Kelantan.
Beliau berkata perkara itu seboleh-bolehnya diselesaikan dengan segera.
“Kerajaan persekutuan tidak pernah mengabaikan membantu mana-mana kerajaan negeri.
“Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Kelantan yang buat kali pertama dipengerusikan saya dalam membincangkan penyelesaian isu-isu pembangunan di Kelantan,” katanya.
Perdana menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong malam tadi.
Anwar berkata usaha kerajaan persekutuan membantu kerajaan Kelantan membabitkan keseluruhan pegawai kanan yang hadir taklimat itu,…