Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anwar mahu kukuh hubungan Malaysia-AS

today21 January 2025

Background


Donald Trump
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai presiden Amerika Syarikat pada Isnin. (Gambar EPA Images)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas pelantikan rasmi sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Anwar berkata, beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Trump bagi mengukuhkan hubungan teguh, saling melengkapi dan melihat ke hadapan antara Malaysia dan AS.

Sebagai pengerusi Asean 2025, perdana menteri turut mengundang presiden itu ke Malaysia, sekali gus mengesahkan semula penglibatan baharu AS dengan rantau ini.

“Presiden Trump membawa pendekatan unik kepada menangani cabaran domestik dan global, dibuktikan oleh peranan pentingnya dalam membantu (pelaksanaan) gencatan senjata Gaza malah sebelum pelantikan rasminya.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama dalam keutamaan bersama dalam pada pentadbiran Trump berusaha untuk melakar zaman kegemilangan baharu bagi Amerika,” kata Anwar menerusi catatan Facebook…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post