
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan penyelarasan antara agensi diperkukuh bagi memastikan penguatkuasaan untuk mengawal harga barangan asas dan membanteras pencatutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Anwar membuat arahan itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikannya hari ini.
Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada cadangan inisiatif dan langkah segera bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat di bawah Belanjawan 2027.
“Saya turut meneliti perkembangan penguatkuasaan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), dalam mengawal harga barangan asas dan membanteras pencatutan di seluruh negara,” kata Anwar di Facebook.
Anwar berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan geopolitik dunia serta kesannya terhadap harga dan bekalan keperluan asas, bagi memastikan sebarang tekanan terhadap kos sara…