

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh anggota PKR Pandan supaya terus mengekalkan kesatuan, memperkukuh gerak kerja jentera serta memastikan parlimen itu kekal menjadi kubu parti itu.
Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di X, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tengku Zafrul Aziz, berkata pesanan terbabit disampaikan ketika pertemuan bersama pimpinan PKR Pandan yang diaturnya sempena Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru.
“Dalam pertemuan ini, pimpinan Pandan menyatakan kesetiaan kepada parti serta komitmen untuk memperkukuh gerak kerja di Cabang Pandan.
“Presiden turut berpesan agar amanat ini disampaikan kepada seluruh anggota Keadilan Pandan: kekalkan kesatuan, gerakkan jentera dan pastikan Parlimen Pandan terus kekal milik Keadilan,” katanya.
Ahad lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang juga bekas timbalan presiden PKR…