Hot FM

Anwar mahu polis ambil tindakan tegas terhadap pesalah rasuah


anwar-ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ramai dalam kalangan rakyat berasa resah apabila siasatan ambil masa yang lama, namun harus faham ia bagi memastikan siasatan adil. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak mungkin akan selamat sekiranya tiada tindakan profesional serta tegas diambil terhadap sebarang salah laku atau rasuah.

Oleh itu, beliau mahu polis mengambil tindakan tegas mengikut fakta yang jelas terhadap penjenayah dan pesalah rasuah tanpa mengira status demi menegakkan keadilan.

Anwar berkata ramai dalam kalangan rakyat berasa resah dan mengeluh apabila siasatan kes jenayah dan rasuah mengambil masa yang lama, namun rakyat juga harus faham langkah itu bagi memastikan siasatan dapat dilakukan dengan adil tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Saya tidak mahu jadi perdana menteri tetapi melindungi penjenayah atau perasuah. Jadi pastikan tindakan itu profesional, adil dan tidak menghukum sebelum ada fakta dan lihat kepada sudut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version