

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu berunding semula dengan Loke Siew Fook berkaitan peletakan jawatannya sebagai menteri pengangkutan.
Anwar berkata sebagai perdana menteri, beliau belum membuat keputusan berkaitan surat peletakan jawatan Loke yang telah diterimanya sebelum ini.
“Ya, memang saudara Loke ada tulis surat kepada saya letak jawatan serta-merta, tetapi saya sebagai perdana menteri belum terima peletakan jawatan dia.
“Jadi, ketika ini, dia nak cuti sekejap, okey. Tetapi, peletakan jawatan kita kena runding semula,” katanya menurut Bernama ketika berucap pada Grand Finale Jelajah Pakatan Harapan (PH), Melaka Rumah Kita di Bukit Baru, Melaka.
Anwar berkata, Loke mempunyai rekod pentadbiran yang bersih dan amanah, selain bekerja kuat membawa…