
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menafikan laporan media mendakwa Pakatan Harapan (PH) menolak permohonan Muda menyertai gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Tak betul. Itu tak betul (Laporan PH tolak permohonan Muda),” katanya selepas menghadiri mesyuarat tertutup PKR di ibu pejabat parti itu malam tadi.
Pengerusi PH itu sebaliknya berkata, rundingan kira-kira sebulan lalu itu masih berjalan dan mencatat kemajuan baik.
Anwar mengulas satu laporan media memetik sumber dalam PKR yang mendakwa Majlis Presiden PH menolak permohonan Muda menyertai gabungan itu dalam mesyuarat minggu lalu.
Menurut laporan itu, PH memutuskan hanya mengadakan pakatan pilihan raya dengan Muda dalam menghadapi PRU15.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, Majlis Presiden gabungan itu masih membincangkan permohonan…