
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan pendirian Malaysia kepada Jerman bahawa negara ini tidak memperakui Israel dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis terhadap pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa terutama golongan wanita dan kanak-kanak.
Menteri Luar Mohamad Hasan berkata pendirian tegas Malaysia itu disampaikan Anwar kepada Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock, yang mengadakan kunjungan hormat terhadap beliau di Perdana Putra di sini hari ini.
“Isu di Gaza, perdana menteri dengan tegas menyatakan bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, wanita dan kanak-kanak yang ramai telah terbunuh,” katanya kepada media selepas pertemuan itu.
Mohamad berkata Anwar turut menggesa perlunya negara Jerman selaku rakan baik Israel agar…