
Golongan profesional dalam Persatuan Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCOBA) dipelawa membentuk pasukan khas bagi memberi maklum balas terhadap perancangan pembangunan negara di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu telah disampaikan kepada Presiden MCOBA Tunku Ahmad Burhanuddin Tunku Adnan bagi membolehkan wakil alumni meneliti pelan perancangan kerajaan serta mengemukakan pandangan, teguran dan kritikan secara langsung.
Anwar yang juga alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) berharap, golongan profesional dalam kalangan bekas pelajar kolej itu dapat menyumbang kepakaran dan pengalaman mereka bagi membantu kerajaan meningkatkan pembangunan serta mengangkat martabat negara.
“Saya mohon maaf kepada saudara-saudara kerana menyampaikan ini kerana saya rasa kalaulah bukan alumni MCKK, manalah lagi saya nak…