Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggalakkan pelaburan dalam bidang teknologi digital, sekuriti makanan, dan prasarana.

PETALING JAYA: Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa untuk mengambil kesempatan daripada “kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas’” di Malaysia dengan memperbanyakkan pelaburan.
Berucap di hadapan ratusan ahli perniagaan Saudi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pentadbirannya komited untuk memudahkan urusan perniagaan menerusi pembaharuan yang menyokong perniagaan.
Beliau menyenaraikan bidang teknologi digital, sekuriti makanan, dan prasarana sebagai keutamaan.
“Saya meminta sebahagian daripada komuniti perniagaan untuk menghantar delegasi selepas Ramadan dan mengadakan pertemuan dengan rakan perniagaan anda,” katanya lapor Bernama.
“Kami mengharapkan penglibatan aktif anda di Malaysia.”
Anwar…