Hot FM

Anwar pimpin ‘kerajaan PH’, bukan kerajaan perpaduan, kata Dominic



Presiden Gerakan Dominic Lau, berkata Perikatan Nasional (PN) memilih menjadi pembangkang kerana kerajaan diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim disifatkan ‘kerajaan Pakatan Harapan’.

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim bukan menerajui kerajaan perpaduan, sebaliknya mengetuai ‘kerajaan Pakatan Harapan’, kata Presiden Gerakan Dominic Lau.

Katanya, susulan itu menyebabkan Perikatan Nasional (PN) memilih untuk menjadi pembangkang.

“Definisi kerajaan perpaduan adalah yang merangkumi semua parti politik, jelas ini kerajaan PH bukan perpaduan oleh itulah kita akan memainkan peranan sebagai pembangkang,” katanya pada sidang media di Pejabat Gerakan.

Ketua PN Pulau Pinang itu berkata demikian ketika ditanya keputusan pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan mereka akan memainkan peranan semak dan imbang di Parlimen.

Terdahulu, PAS dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak akan menyertai kerajaan persekutuan pimpinan Anwar demi menghormati…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version