
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan Petronas memperoleh telaga gas antara yang terbesar dunia susulan perjanjian yang dimeterai dengan kerajaan di Turkmenistan sebagai luar biasa.
Beliau berkata ini seterusnya meletakkan syarikat minyak dan gas negara itu menguasai industri tersebut.
Kejayaan itu bukan sahaja mengatasi kebimbangan mengenai kekurangan bekalan gas dalam negara, malah juga meningkatkan keupayaan Petronas untuk terus menjana eksport dari Malaysia ke negara pengimport gas seperti Jepun, Korea Selatan, China dan beberapa negara lain, kata beliau.
Anwar berkata lawatan rasmi ke Turkmenistan atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedov itu juga sebagai membalas lawatan rasmi yang dilakukan Berdimuhamedov ke Malaysia pada Disember 2024.
“Menarik (pada) 2024 itu, apabila Petronas memaklumkan pada saya mengenai…