

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan keresahan dan harapan keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih hilang akibat bencana banjir dahsyat di Nepal pada bulan lepas kepada perdana menteri negara itu, Balendra Shah, pagi tadi.
Anwar berkata Balendra telah memberi jaminan bahawa usaha pencarian akan diteruskan sedaya upaya, walaupun keadaan di lapangan semakin mencabar dengan skala bencana dan kemusnahan yang disifatkan seumpama tsunami.
“Saya berharap segala ikhtiar yang digerakkan akan membuahkan hasil dan memberikan kepastian yang amat dinantikan terutama buat keluarga kesemua 55 rakyat Malaysia yang masih belum ditemukan,” kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.
Anwar berkata, perkara itu dinyatakan menerusi panggilan telefon kepada rakan sejawat dari Nepal itu sebelum beliau berlepas ke China pagi tadi.
Dalam perbualan…