
PETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno, Annuar Musa menafikan dakwaan wujudnya rancangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin untuk mengharamkan Umno selepas PRU14 apabila Pakatan Harapan (PH) berkuasa.
Annuar turut menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau “menyelamatkan” Umno daripada diharamkan adalah sekadar rekaan untuk menarik undi Umno kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN tidak lama lagi.
Tambahnya, Mahathir dan Muhyiddin sebelum ini juga menafikan mereka mahu mengharamkan Umno ketika berkuasa.
“Mengetahui cara kepimpinan Mahathir, jika benar dia hendak mengharamkan Umno, tidak mungkin ada orang yang dapat menghalangnya.
“Apa lagi Anwar yang Mahathir langsung tidak libatkan dalam urusan kerajaan,” katanya…