
TOKYO: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyertai pemimpin Asean lain pada Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun, antara acara utama pada lawatan lima hari ke Jepun.
Pemimpin daripada 10 negara anggota kecuali Myanmar, berada di Tokyo untuk sidang kemuncak itu. Sidang itu turut disertai Timor Leste.
Perdana menteri menjadi pemimpin Asean kelima tiba pada mesyuarat itu, dengan Perdana Menteri Timor Leste Xanana Gusmao menjadi orang pertama tiba. Semua pemimpin negara Asean disambut Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.
Sidang kemuncak setengah hari itu bermula pada 9.30 pagi (waktu tempatan) di Hotel Okura dan pada akhir sidang kemuncak, pemimpin akan mengeluarkan Kenyataan Wawasan Bersama dan Pelan Pelaksanaannya pada 1.35 tengah hari.
Turut bersama Anwar pada sidang itu, Menteri Luar Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin, Duta Malaysia ke…