
SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti.
“Apa yang berlaku di Gaza jelas merupakan pengabaian tanggungjawab moral yang membenarkan kemusnahan besar-besaran berlaku dan mengakibatkan malapetaka iklim,” katanya pada Majlis Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi Apec dan yang turut disertai Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan seluruh pemimpin ekonomi anggota.
Serangan itu telah menyebabkan lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak manakala lebih 29,000 dilaporkan cedera setakat ini.
Sejak kehadiran perdana menteri di San Francisco, Anwar…