
PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, Anwar Ibrahim telah meningkatkan serangan terhadapnya selepas menyedari majoriti rakyat Malaysia tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) esok.
Beliau berkata, disebabkan itu, pengerusi PH itu kini ‘bertubi-tubi’ membuat serangan terhadapnya kerana mahu melihatnya tersungkur.
“Beliau telah membuat pelbagai dakwaan terhadap saya. Dia (Anwar) nampak parti dia tak dapat tarikan majoriti rakyat.
“Jadi serang saya berhabis-habisan supaya saya jatuh dan dia boleh jadi perdana menteri,” katanya ketika berucap dalam Jelajah PN Best Final di Pagoh malam tadi.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu menafikan segala dakwaan yang dibuat Anwar sebelum ini mengenai beliau ada mengambil…