Kementerian Luar Negeri berkata tiada acara awam diadakan sepanjang keberadaan Sam Rainsy di negara ini.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak dimaklum mengenai kehadiran bekas pembangkang Kemboja, Sam Rainsy ke Malaysia.
Wisma Putra menerusi kenyataan turut memaklumkan, Sam telah meninggalkan Malaysia pagi tadi dan tiada acara awam diadakan sepanjang berada di negara ini.
“Mengenai keberadaan Sam di Malaysia, Kementerian Luar ingin menjelaskan bahawa perdana menteri tidak dimaklumkan akan kehadiran Sam Rainsy di negara ini.
“Namun demikian, Sam telah meninggalkan Malaysia pada pagi hari ini dan tiada acara awam diadakan sepanjang keberadaan beliau di sini,” katanya.
Terdahulu, akhbar Kemboja Khmer Times melaporkan pihak berkuasa Malaysia menghantar pulang Sam pagi ini setelah menghalang dia dan rombongannya daripada bermesyuarat di Kuala Lumpur.
Menurut laporan akhbar itu, Perdana Menteri…