
JITRA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menghiraukan kritikan terhadapnya oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Nor kerana mahu memfokuskan pelan pembangunan ekonomi di negeri itu.
Kata Anwar, Kedah antara negeri paling miskin di negara ini dan satu langkah segera perlu diambil untuk meningkatkan taraf hidup penduduknya seperti menarik kedatangan pelabur.
“Saya bawa pelaburan ke Kulim… Mereka (pelabur) datang dan berunding dengan saya dah 13 bulan sekarang, bukan dengan kamu (Sanusi),” katanya dalam satu ceramah di Kulim.
Semalam, Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang di Kulim bagi mengeluarkan 200 milimeter (mm) Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia dengan pelaburan tambahan sebanyak RM25 bilion dalam tempoh lima tahun
Dalam ucapannya Anwar berkata, keputusan syarikat itu meningkatkan pelaburan di…