
KUALA LUMPUR: Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah yang sistemik dan bermaharajalela ialah isu pokok yang perlu ditangani segera sebelum masalah struktural yang melemahkan kekuatan ekonomi negara diselesaikan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, beliau menekankan soal rasuah kerana ia menjadi barah utama yang melemahkan ekonomi negara serta menjatuhkan moral dan keyakinan rakyat.
Katanya, isu itu berlaku pada setiap peringkat, membebankan rakyat dengan kerenah sesetengah golongan yang masih mahu mengaut komisen sebelum sebarang kelulusan diberikan.
“Tahun pertama lagi saya telah tegaskan keperluan menghentikan amalan rundingan terus dalam perolehan kerajaan, apa yang disebut sebagai tender rundingan, beralih kepada sistem tender terbuka,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Negara malam ini.
Terdahulu, beliau berkata,…