

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk menoktahkan kemelut klinik uzur dan gangguan bekalan air yang menghimpit penduduk di Rengit bagi memastikan prasarana asas di kawasan itu selari dengan status Johor sebagai negeri maju.
Beliau berkata, isu melibatkan kemudahan kesihatan dan bekalan air bersih ialah hak asas rakyat yang tidak sewajarnya terabai malah perlu diatasi dengan kadar segera.
“Kita ingat klinik itu nak mengubat orang-orang uzur, ini klinik pula yang uzur,” kata Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada program Serumpun Kasih Sejiwa Harmoni Grand Finale DUN Rengit di Dewan Kg Bumiputera Dalam malam ini, sempena PRN Johor.
Hadir sama, Ahli Parlimen Sri Gading yang juga Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dan calon…