
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, menempelak sikap pihak tertentu yang terlalu ghairah merebut jawatan menteri besar.
Beliau berkata perkara utama dalam pilihan raya ialah mereka yang dipilih rakyat perlu mampu meneruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik dan menjaga kepentingan rakyat keseluruhan.
“Di sebelah sana, berapa ramai yang berebut (jawatan menteri besar)? Belum apa-apa sudah berebut… lepas pilihan raya nanti pun berebut lagi.
“Sebab itu jangan bagi mereka berebut, sebaliknya berikan mandat kepada pimpinan PH yang terbukti fokus bekerja untuk rakyat,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam sempena PRN Negeri Sembilan, di Taman Sri Penaga, Sikamat.
Hadir sama Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun, yang juga menteri besar pada penggal lalu dan calon bagi DUN Linggi, calon…