
VIENTIANE: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Laos bagi menghadiri sidang kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 dan sidang-sidang berkaitan.
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 8.37 malam waktu tempatan (9.37 malam waktu Malaysia).
Ketibaan perdana menteri disambut Menteri Pertanian dan Perhutanan Laos, Linkham Douangsavanh, dan Ketua Pengarah Biro Perkhidmatan Diplomatik, Vilatsone Visonenavong.
Turut hadir Menteri Luar Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin, dan Duta Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud.
Selain sidang kemuncak Asean, perdana menteri akan menghadiri sidang kemuncak bersama tujuh rakan dialog Asean iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat, dan Kanada; serta sidang…