Perdana menteri berkata beliau sentiasa menghormati undang-undang negara termasuk tidak mencampuri tugas dan keputusan dibuat peguam negara dan hakim.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau menggunakan sistem perundangan negara untuk membalas dendam terhadap mana-mana individu.
Anwar berkata malah beliau sentiasa menghormati undang-undang negara termasuklah tidak mencampuri tugas-tugas serta keputusan yang dibuat oleh peguam negara dan hakim terhadap sesuatu pendakwaan.
“Kalau benar saya dendam sudah ramai yang terperosok ke Penjara Sungai Buloh, tetapi saya tahu perlunya kita pertahan prinsip keluhuran undang-undang.
“Siapa yang mahu disiasat, didakwa itu bukan kuasa saya, kuasa saya terhad kepada pengarahan terhadap institusi keselamatan menjalankan tugas mereka dengan tegas dan berani,”…