
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebelum beliau memasuki pejabat.
“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.
“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya di Facebook.
Semalam, Anwar yang ditemui selepas majlis kesyukuran di Masjid Ashabus Solihin, Sungai Long, Kajang berkata tiada pembelian kereta rasmi baharu untuk kegunaannya dan sebarang ubah suai pejabatnya.
Beliau berkata, pembaziran akan dielakkan bawah pentadbirannya dan memaklumkan langkah…