Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anwar umum RM24 juta baiki prasarana terjejas di Malaysia Timur

today31 January 2025

Background


banjir sarawak
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata beberapa puluh juta disiapkan untuk perbaiki kerosakan besar akibat bencana di Sabah dan Sarawak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM24 juta untuk membaiki prasarana yang terjejas akibat bencana di Sabah dan Sarawak ketika ini.

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim.

Anwar mengumumkan perkara tersebut ketika berucap di majlis kenduri di Taman Meru, Ipoh hari ini,

“Kita siapkan beberapa puluh juta, katanya perlu RM20 juta atau RM24 juta segera untuk perbaiki kerosakan-kerosakan besar, kita luluskan,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, beliau turut meminta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) meluluskan bantuan RM1,000 bagi keluarga mangsa banjir, kebakaran dan tanah runtuh.

“Saya ada minta Nadma luluskan dalam kadar segera,” katanya.

Menurut laman Facebook Nadma, 17,459 mangsa banjir melibatkan 11,734 orang di Sarawak dan 5,725 orang di Sabah berlindung di 92 PPS setakat 12 tengah hari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post