Hot FM

Anwar, Xi saksi pertukaran 31 MoU


ANWAR IBRAHIM XI Jinping Mohamad Hasan
Menteri Luar Mohamad Hasan dan rakan sejawat dari China Wang Yi bertukar MoU dan disaksikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping hari ini menyaksikan pertukaran 31 Memorandum Persefahaman (MoU) dan dokumen yang merangkumi pelbagai sektor kerjasama antara kedua-dua negara.

Menurut Bernama, majlis itu yang diadakan di Kompleks Seri Perdana petang tadi antara lain menyaksikan MoU antara kerajaan Malaysia dan agensi berita Xinhua dari China dalam bidang berita dan maklumat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing masing-masing mewakili Malaysia dan China dalam pertukaran dokumen itu.

Menerusi MoU ini, penyiar rasmi negara RTM dan Xinhua akan bekerjasama dalam aktiviti media bersama, terutamanya pertukaran berita serta penerbitan bersama program dan dokumentari bagi mengetengahkan keunikan negara masing-masing dan memperkukuh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version