Hot FM

Anzalna Hulur Bantuan

Situasi getir yang menghimpit negara berikutan penularan virus Covid-19 membuatkan pelakon Anzalna Nasir terpanggil untuk turut sama membantu meringankan beban masyarakat di Malaysia.

Kata pelakon drama Aku Isterinya itu, dia bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan dan tidak salah seandainya dia turut berganding bahu membantu antara satu sama lain.
Menerusi laman Instagram miliknya, ibu beranak satu itu memaklumkan ingin memberi sumbangan berupa lampin pakai buang dan susu kepada keluarga yang kesempitan khususnya yang mempunyai anak kecil.

“Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan. Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan. Please DM atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page. Thank you! #KitaMemahamiSusuDanDiapersSangatPentingSejakAdaAnak#JanganPrivatePage,” tulisnya.
Semoga Anzalna dan keluarga dimurahkan rezeki selalu…
Exit mobile version