Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Anzalna Kini Hamil Empat Bulan!

today10 January 2019

Pelakon Anzalna Nasir, mengesahkan dirinya kini sedang hamil empat bulan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Hanif Zaki.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Anzalna di laman Instagram miliknya melalui sebuah video beserta kapsyen yang begitu bermakna.

https://www.instagram.com/p/BsabjgGDUDF/

“Pada hari istimewa ini, pada hari lahir saya, saya ingin berkongsi berita gembira, Hanif (suami) dan saya bakal menimang anak pertama,”ujarnya.

Dalam pada itu, Anzalna turut berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya serta keluarga.

“Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.” katanya lagi.

Tahniah Anzalna! Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang proses kehamilan dan dipermudahkan segala urusan okay.

Written by: Jay


Previous post