Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lakonan Gara-Gara…

today2 November 2022

Background

Pelakon jelita, Anzalna Nasir lebih memilih untuk menjaga anak-anak berbanding terlibat dengan projek drama buat masa sekarang.

Pelakon jelita itu mahu memikul tugas menjaga anak bersama suaminya, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu rumah ataupun tidak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki)

“Ada pembantu rumah atau tak, tugas menjaga anak 100 peratus pada saya dan suami. Tak mahu anak membesar di tangan orang lain. Punca kenapa saya tak berlakon drama,” katanya.

Menurut pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant ini, dia mengakui berdepan dengan banyak cabaran sebagai seorang ibu sehingga terpaksa mengorbankan waktu tidurnya setiap hari.

Namun, dia berpuas hati dengan kepenatan yang dilaluinya.

“Saya masih suka bergelar seorang ibu. Penat yang puas! Dapat tidur tiga jam, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak.

“Paling seronok, bila mereka dah besar nanti boleh cerita ragam bayi sampailah ke besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka,” ujarnya di Instagram.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Aku isterinya itu berkata pengorbanan tersebut telah mengingatkannya akan semangat ibunya yang dulu menjaga adik-beradiknya yang lain tanpa pembantu rumah.

“Anak dah dua ni kecoh juga. Baru dua orang tau. Kadang terfikir macam mana mak saya dan ayah jaga kami lima beradik tanpa pembantu. Hebat!” Kongsinya lagi.

Untuk info, Anzalna dan suami berkahwin pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohammad Eidress dan Mohammad Emirhan.

Written by: Aqilah


Previous post