Tidak dinafikan, ramai orang salah faham mengenai bahagian korban. Amalan yang sering berlaku ialah apabila seseorang membeli satu bahagian lembu, kemudian dinamakan untuk dirinya, arwah ibu bapa, isterinya, dan anak-anaknya serentak.
Ini adalah tidak sah kerana satu bahagian hanya boleh mewakili satu individu sebagai peserta korban. Kes yang sama juga berlaku apabila ada wakil rakyat menghadiahkan lembu kepada masjid, lalu dinamakan untuk seluruh ahli kariah masjid.
Sekiranya seseorang ingin berkorban untuk beberapa individu, maka perlu disediakan satu bahagian khusus untuk setiap individu tersebut. Sebagai contoh, jika ingin berkorban untuk dirinya, arwah ayah dan arwah ibu secara berasingan, maka perlulah membeli tiga bahagian (3/7) daripada lembu.
Namun, jika seseorang itu menyembelih seekor kambing atau satu bahagian korban atas namanya sendiri dan menghadiahkan pahalanya kepada seluruh keluarganya, maka itu dibenarkan menurut mazhab Syafi’i. Caranya ialah dia membeli dan…