Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (AKTA 331) membuat peruntukan bagi pengumpulan pemuliharaan, pengawalan rekod bibliografi dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
Akta 331 ini mewajibkan penerbit menyerahkan bahan yang diterbitkan dalam Negara kepada Perpustakaan Negara Malaysia melalui Pusat Penyerahan Terbitan Negara untuk rujukan generasi masa kini dan masa depan.
Anda penerbit? Bahan terbitan anda merupakan khazanah negara yang tidak ternilai.
Kami di PNM sedia membantu. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, boleh terus e-mel [email protected].