
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan projek pembangunan sistem pembayaran tanpa tunai bersepadu (ICPS) yang mahu ditender semula, selepas ratusan juta ringgit dibelanjakan.
ICPS yang dibangunkan Transit Acquirer Sdn Bhd (TASB), bertujuan digunakan bagi sistem pembayaran semua tambang kereta api dan bas di seluruh Lembah Klang.
Beliau mendakwa, projek itu bermula pada 2015 hingga 2018 dan beroperasi pada 2019.
“Namun, sehingga kini tidak ada sebarang sistem yang dibangun telah diguna pakai. Ternyata, ini suatu pembaziran dana rakyat dan kerugian besar kepada negara.
“Saya telah dimaklumkan awal tahun ini, syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MOFI) mahu memulakan semula projek ini dan telah…