Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Apa kena mengena PRN Johor dengan pengampunan Najib, soal Muhyiddin

today5 July 2026

Background


muhyiddin yassin
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam satu ceramah di di Gersik, malam tadi.
PAGOH:

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mempersoalkan kaitan PRN Johor dengan kemungkinan pengampunan diraja terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

“Najib sudah pun disabitkan bersalah,” kata Muhyiddin, yang merupakan antara pengkritik lantang skandal 1MDB sejak 11 tahun lalu, ketika berucap pada ceramah di Gersik, malam tadi.

Apabila beliau bertanya kepada lebih 70 hadirin sama ada mereka bersetuju Najib dibebaskan daripada penjara, mereka menjawab ‘tidak.

Muhyiddin turut berkata bahawa ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Najib, beliau menyuarakan kebimbangan mengenai dana pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Beliau kemudian digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2015.

Semalam, anak Najib, Nazifuddin Najib, mendakwa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post

Sukan

FIFPRO desak tindakan segera lindungi pemain

Miami: Persekutuan Pemain Bolasepak Profesional Dunia (FIFPRO) menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes penderaan yang dihadapi pemain pada kempen Piala Dunia 2026, termasuk serangan berunsur perkauman dan diskriminasi di media sosial serta secara bersemuka.

today4 July 2026