Sesungguhnya al-Quran al-Karim telah meletakkan kaedah hubungan antara umat Islam dengan bukan Islam pada dua ayat di dalam al-Quran dari surah al-Mumtahinah. Ayat tersebut telah diturunkan berkaitan dengan para penyembah berhala (Musyrikin Wathaniyyin). Firman Allah Taala:
لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين إنما ينهاكم الله عن الذين قاتلوكم في الدين وأخرجوكم من دياركم وظاهروا على إخراجكم أن تولوهم ومن يتولهم فأولئك هم الظالمون
Mafhumnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah…