

Seorang Ahli Parlimen dari Sarawak menyelar pendakwah Ridhuan Tee Abdullah berhubung kenyataannya yang disifatkan berbaur hasutan mengenai cadangan pembinaan kampus universiti dari China di negeri itu.
Chiew Choon Man mendakwa Ridhuan cuba mencetuskan ketegangan kaum apabila mendakwa pemimpin berbangsa Cina di Sarawak mendesak penubuhan ‘universiti Cina’ di Malaysia Timur serta mendakwa institusi sedemikian boleh menggugat perpaduan negara.
“Apa sebenarnya masalah dia?” soal Ahli Parlimen Miri itu, lapor Dayak Daily.
Selain mendakwa pemimpin Cina di Sarawak menuntut penubuhan universiti dari China, Ridhuan semalam turut mendakwa golongan pemimpin terbabit tidak berpuas hati setakat memperjuangkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) atau pembinaan Kolej Universiti New Era.
Menjelaskan perkara…