Hot FM

“Apa Yang Dia Buat Dekat Mama Teruk Sangat” – Cik B Dedah DSV Bagi Duit Setiap Bulan Pada Bapa Supaya Tak Ganggu Keluarga

Anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV), Cik B mendedahkan ibunya sering menyalurkan wang kepada bapa kandung, Mohammad Amin Yasin setiap bulan bagi mengelakkan keluarga mereka diganggu.

Menerusi video temu bual bersama Audio+, Cik B berkata perkara yang dilakukan oleh bapanya terhadap DSV seakan meninggalkan kesan mendalam sehingga membuatkan dirinya trauma.

Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, mengakui geram sekiranya dia berjumpa dengan bapanya itu atas tindakan yang dilakukan terhadap DSV.

Cik B

“Saya trauma dengan dia, apa yang dia buat dekat mama saya sangat teruk. Saya tak boleh lupakan.

“Saya memang akan melindungi mama. Dia (Ayah) selalu minta nombor saya dekat pekerja yang selalu bagi dia duit.

“Sebab mak saya memang setiap bulan akan bagi dia duit, untuk tidak menganggu kami, untuk dia meneruskan kehidupan.

“Kalau jumpa dia saya rasa geram, sebab dia buat mak saya macam orang asing,” katanya.

@buletin.tiktok

Credit : youtube Audio+ #fyp #berandafyp #bikinpanas #gosip #cikb

♬ Menyentuh Hati – Yuda pratama

Sebelum ini, Cik B mengakui dia tidak mempunyai perasaan rindu terhadap bapanya.

Malah, kejadian yang dilalui oleh ibunya itu membuatkan Cik B menjadi trauma dengan semua lelaki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Kesal Rakan Baik Curi Hoodie Balenciaga Cecah RM8,000

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Rindu Bapa, Cik B Akui Trauma – “Bila Saya Dah Besar, Baru Nak Cari”

Exit mobile version