Aktivis mempersoalkan apa yang terlalu sensitif mengenai kehilangan Amri Che Mat hinggakan kerajaan yang komited kepada reformasi dan ketelusan mahu ia dirahsiakan.

PETALING JAYA: Pejuang hak asasi manusia menggesa kerajaan mematuhi perintah mahkamah bagi mengeluarkan laporan sulit kehilangan aktivis Amri Che Mat, yang hilang sejak 2016.
Kerajaan perlu menarik balik rayuannya terhadap perintah itu, yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bulan lepas, kata Rama Ramanathan daripada Citizens Against Enforced Disappearance (Caged).
Beliau berkata: “Masyarakat benar-benar ingin tahu apa yang ada dalam laporan itu yang membebankan pihak polis atau orang yang berkuasa ketika itu sehingga mereka perlu menyembunyikannya?
“Apa yang telah ditemui yang menjadikannya begitu berbahaya untuk…