Hanya badan kehakiman khususnya jawatankuasa etika yang memutuskan kedudukan hakim. Oleh itu apa-apa tuduhan berkaitan Hakim Nazlan Mohd Ghazali tidak berbangkit.
Hanya badan kehakiman khususnya jawatankuasa etika badan kehakiman yang memutuskan kedudukan hakim. Bukan pihak lain. Ini hakikat. Ini semua pihak yang arif dengan undang-undang akur dan setuju. Dalam lain perkataan, jika ditanya siapa yang menentukan sama ada hakim melanggar etika jawapannya Badan Kehakiman. Bukan polis. Apatah lagi SPRM.
Oleh itu apa-apa tuduhan berkaitan Hakim Nazlan Mohd Ghazali tidak berbangkit. Sebab tidak ada apa yang boleh dibangkitkan. Tetapi apa yang sepatutnya bukan hal tercetus lagi seolah-olah ada hal. Semuanya kerana satu surat daripada Azalina Othman Said, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan reformasi) kepada Shafee & Co, peguambela Najib Razak. Aneh, pelik, dan menakjubkan.
Kata Azalina menerusi surat itu, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Nazlan…