

Now that Ismail Lasim sudah buat pengakukan terbuka bahawa beliau tidak pernah letak jawatan menteri besar Negeri Sembilan, persoalan penting ialah siapa yang mengutus ‘surat peletakan jawatannya’ kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?
Persoalan ini amat penting kerana pada hemat saya pihak yang mengutus surat itu telah membohongi atau cuba membohongi Tuanku Muhriz Tuan Munawir.
Apa tidaknya kerana pihak itu telah memaklumkan perkara yang nampaknya tidak benar dan mahu baginda mempercayai isi kandungan surat itu mengenai peletakan jawatan menteri besar.
Orang atau orang-orang yang terlibat dengan penghantaran surat itu saya kira tidak sangka akan reaksi Yang Dipertuan Besar sebaik menerima surat itu. Atas kebijaksanaan Tuanku Muhriz, Istana Negeri Sembilan menegaskan (ketika itu) belum mengesahkan ketulenan surat itu meskipun menurut Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir ia telah ditandatangani Ismail.
Sebelum berbicara lanjut elok kita imbau kembali kenyataan Pengelola…