
PETALING JAYA: Kenyataan PAS menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRK DUN Jepak mencetuskan persoalan apakah Perikatan Nasional (PN) cuba berbaik-baik untuk mencapai “cita-cita masa depannya”.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata agak mengejutkan apabila PAS yang berada di blok pembangkang menyokong calon GPS yang bersama pentadbiran Anwar Ibrahim mentadbir Putrajaya.
“Ini satu perkara yang agak ironi,” katanya kepada FMT mengulas gesaan Tuan Ibrahim supaya ahlinya menyokong calon GPS Iskandar Turkee pada PRK Jepak, 4 Nov depan.
Terdahulu Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mengumumkan komponen itu tidak bertanding di Jepak kerana ingin menumpukan kepada PRK Kemaman pada 2 Dis.
Jeniri bagaimanapun berkata kenyataan terbaharu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak akan…