Anak kepada penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah, iaitu Ara Adreanna tampil memohon maaf selepas video dirinya berseloroh tidak mengaku berasal dari Sabah tular di media sosial.
Susulan itu, Bella atau nama penuhnya, Dayang Ara Nabella Astillah, 31, tampil membimbing anaknya membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu siaran langsung di TikTok.
“Assalamualaikum semua. Nama saya Ara Adreanna dan mahu minta maaf sebab mengaku ‘orang putih’. Saya bukan orang putih, saya orang Sabah. Hari itu, Ara main-main sahaja,” katanya.
Perkongsian itu bukan saja mencuit hati netizen, malah ramai yang memuji tindakan Bella yang mendidik anaknya untuk bertanggungjawab atas kata-katanya.
@radenraykalstudios1 Pemohonan Maaf Ara pada viewer…. 🥰🥰🥰 #bellaastillah #SyedSaddiq #radenraykal #storytime #bassteam
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan perbualan antara Ara dan ibu saudaranya yang juga penyanyi, Didi Astillah, apabila ditanya mengenai asal usulnya.
Ketika ditanya sama ada dia berasal dari Sabah, Ara secara spontan menjawab tidak, tetapi mengangguk setuju apabila Didi menyebut dia ‘orang putih’.