Dua beradik, Khairul Amin Hasan dan Khairul Samad Hasan, berhasrat memastikan setiap kediaman umat Islam di Selangor menunjukkan arah kiblat yang tepat.

PETALING JAYA: Selagi dikurniakan kudrat dan peluang, dua lelaki yang dikenali sebagai ‘Khairul dua beradik’ berhasrat memastikan setiap kediaman umat Islam di Selangor menunjukkan arah kiblat yang tepat.
Mempunyai latar belakang bidang pertanian dan kejuruteraan, Khairul Amin Hasan, 61, dan adiknya, Khairul Samad, 54, meninggalkan kerjaya profesional demi berkhidmat sebagai petugas arah kiblat rumah sejak lebih kurang 12 tahun yang lalu, bersama Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS).
“Memang minat bidang astronomi ini dah lama. Saya suka memerhati langit, bulan bintang. 12 tahun lalu kami bertemu dengan beberapa kenalan yang sama-sama minat dan kami tubuhkan satu kumpulan kecil buat aktiviti…