Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kementerian Pelancongan Mesir mengumumkan bahawa ahli arkeologi mereka telah menemui sisa-sisa kuil purba yang dibina untuk memuja raja para dewa, Zeus Kasios, yang juga dewa petir yang terkenal dalam mitologi Yunani, lapor Live Sciene.
Runtuhan bangunan itu ditemui di tapak arkeologi Tell el-Farama di barat laut Semenanjung Sinai. Pada zaman Yunani-Rom (332 SM hingga 395 M), kawasan ini dikenali sebagai kota dan pelabuhan Pelusium yang terletak di hujung timur muara Sungai Nil. Kerana lokasinya yang strategik, Pelusium telah digunakan oleh masyarakat untuk pelbagai fungsi termasuk sebagai kubu pada zaman firaun Mesir.
Pasukan arkeologi menemui kuil Zeus selepas menggali di sekitar tinggalan dua tiang merah jambu yang terletak di kawasan terbabit.
Menurut Mostafa Waziri, setiausaha agung Majlis Tertinggi Mesir, tiang-tiang ini pernah membentuk pintu pagar hadapan bangunan itu, tetapi ia…