Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Armizan nafi tandatangan SD tumbang kerajaan

today9 January 2024

Background


Armizan Mohd Ali berkata tidak pernah menandatangani akuan berkanun untuk menjatuhkan kerajaan. (Gambar Bernama)

KLANG: Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Armizan Mohd Ali menafikan menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Armizan yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup berkata, tidak pernah didatangi mana-mana pihak berkaitan SD dan berharap perkara seperti itu tidak ditimbulkan lagi.

“Saya tidak pernah tandatangan SD, cukup-cukuplah kita tidak perlu berdiskusi mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media.

Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin menerusi sebuah paparan video di YouTube sebelum ini mendakwa “Langkah Dubai” sudah memperoleh 120 SD termasuk daripada Ahli Parlimen GRS untuk menukar kerajaan pimpinan Anwar ketika ini.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, sebaliknya tempoh masa yang ada ketika ini sepatutnya digunakan untuk meneruskan agenda direncana dan disasarkan oleh kerajaan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post