

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Armizan Mohd Ali menafikan khabar angin bahawa Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee bakal menyertai GRS.
Armizan berkata itu hanya satu spekulasi dan tiada perbincangan di peringkat gabungan berhubung perkara itu, lapor Sinar Harian.
“Sebagai seorang ahli politik senior, saya tidak fikir Kiandee akan membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti dalam tempoh terdekat,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam satu program di Papar, Sabah.
Bagaimanapun, Armizan menegaskan beliau tidak bercakap bagi pihak parti-parti komponen GRS.
“Perkara ini tidak pernah dibincangkan, apatah lagi mewakili mana-mana parti seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Parti Liberal Demokratik (LDP) mahupun Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO),”…