Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Mikel Arteta terus menunjukkan sikap tegasnya ke atas pemain. Terbaru Arteta memecat Pierre-Emerick Aubameyang daripada jawatan ketua pasukan.
Arsenal dalam kenyataan rasminya berkata: “Berikutan perlanggaran disiplin baru baru ini, maka Pierre-Emerick Aubameyang bukan lagi ketua pasukan kelab kita, dan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan pasukan pada Rabu menentang West Ham United.”
“Kami sentiasa berharap para pemain kita terutama sekali kapten kita, untuk berkerja mengikut peraturan dan standard yang kita semua telah tetapkan dan persetujui.”
An update on Pierre-Emerick Aubameyang
— Arsenal (@Arsenal) December 14, 2021
Sebelum ini Pierre-Emerick Aubameyang telah lambat melapor diri ke kem latihan Arsenal walaupun sudah diberika pelepasan khas oleh kelab.
Aubameyang kemudian disisihkan daripada pemilihan untuk aksi berdepan dengan Southampton. Hari yang sama…