Nama Hael Husaini tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air.
Mula mendapat perhatian menerusi lagu Jampi, penyanyi berbakat itu terus mendaki puncak populariti sehingga kini dengan meraih anugerah demi anugerah.
Mungkin ramai yang masih belum mengenali siapa Hael Husaini Razmi ini sebenarnya.
Hael merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan bakal memasuki usia 33 tahun pada 10 Disember nanti.
Untuk pengetahuan, jejaka yang juga dikenali dengan nama Sani itu pernah bekerja sebagai jurugambar. Mungkin sebab itulah kebanyakkan fotonya di Instagram on point sentiasa!
Hael mempunyai kelab peminat diberi nama Haelers dan jika anda mengikuti perkembangannya di Instagram, Hael memiliki seramai 1.6 juta jumlah followers.
Pada Mei 2017, Hael membuat kejutan apabila mengambil seorang anak angkat perempuan bernama Nur Helena.
Selain menyanyi, Hael juga seorang komposer tersohor yang bertanggungjawab mencipta lagu buat penyanyi-penyanyi lain antaranya Hati-Hati nyanyian Amira Othman, Pematah Hati (Nabila Razali), Dia (Dayang Nurfaizah), Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor), Temberang (Ayda Jebat), Anta Permana (Dato’ Seri Siti Nurhaliza), Canggung (Wany Hasrita) dan ramai lagi.
Antara lagu hits lain nyanyian Hael termasuklah Haram, Hajat, Hari Ini, Hati dan terbaru Terlanjur Cinta, iaitu single duet pertama bersama penyanyi negara jiran, Cakra Khan.
Jom kita throwback persembahan Hael di Jamming Hot dengan lagu Hari Ini.