
PETALING JAYA: Unit Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang memainkan peranan penting dalam siasatan dan pendakwaan skandal 1MDB diarah bubar.
Menurut seorang wartawan siasatan, Bradley Hope, penutupan Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) dan Task Force Klepto Capture diumumkan oleh peguam negara AS, Pam Bondi, dalam suatu emel pada Rabu.
“Unit-unit itu memperoleh semula berbilion aset yang dicuri sejak 2010,” kata Hope dalam catatan di X, semalam.
Hope juga memetik sumber sebagai berkata, objektif utama dalam membubarkan unit-unit itu adalah untuk mendapatkan kawalan ke atas dana pelucuthakan berjumlah berbilion dolar – wang yang dirampas daripada pegawai rasuah dengan tujuan untuk dikembalikan kepada negara-negara yang menjadi mangsa.
Hope mengarang buku, “Billion Dollar…