
SAN FRANCISCO: Prinsip keadilan dan hak asasi manusia adalah penting untuk ditegakkan termasuk dalam isu perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Oleh itu, katanya Amerika Syarikat (AS) harus bersikap adil dan tidak harus bersikap berkecuali apabila berbincang mengenai konflik di Gaza.
“Saya menegaskan keperluan untuk semua negara mendesak gencatan senjata di Gaza supaya tiada lagi orang awam yang terkorban terutamanya bayi.
“Hentikan kekejaman, hentikan ia sekarang,” tegasnya pada sesi permukiman Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec semalam yang dipengerusikan oleh Presiden AS Joseph Biden, dengan dihadiri oleh semua wakil daripada 20 Ekonomi Apec yang lain.
Semasa permukiman itu Anwar yang juga menteri kewangan menyatakan bahawa Malaysia yang merupakan sebuah negara dagang…
